Kajian sains

 Kebanyakan agama melarang penganutnya daripada memakan babi. Namun, adakah anda tahu mengapa?berikut adalah sebabnya.


Bakteria kebal antibiotik dalam daging babi


Disebabkan oleh keadaan tempat tinggalnya yang diternak di kawasan kilang itu kebiasaannya kotor, mereka mudah mendapat penyakit kulit dan jangkitan kulat. Kebarangkalian yang tinggi ini menggalakkan penternak untuk menggunakan antibiotik bagi memastikan kesihatan binatang ternakan tersebut berada pada tahap yang optimum.

Secara teorinya, penggunaan antibiotik secara meluas ini bukan sahaja boleh menggalakkan tumbesarannya dengan cepat, ia boleh melahirkan spesies bakteria kebal antibiotik yang mampu mengancam kesihatan populasi manusia secara umum.

Kajian yang dibuat oleh Julia Osterberg pada tahun 2016, telah mendapati bahawa, babi yang diternak di dalam kilang mempunyai spesies bakteria E. Coli yang kebal dengan antibiotik Ampicilin, Tetracyclin, Trimethoprim, Sulphonamide atau Streptomycin.Bakteria tersebut boleh kebal terhadap 1 atau lebih antibiotik.


 Oleh sebab harga daging babi organik adalah sangat mahal, majoriti masyarakat memakan daging babi yang diternak di kilang. Ini boleh meningkatkan kebarangkalian untuk mereka mendapat bakteria kebal antibiotik tersebut.





Risiko jangkitan parasit



Walaupun jangkitan parasit pada binatang tersebut telah menurun secara mendadak sejak 20 tahun yang lalu, babi (termasuk babi organik) masih terdedah kepada jangkitan tersebut.

Menurut Pusat Kawalan Penyakit Berjangkit (CDC), walaupun banyak langkah boleh diambil untuk mengelakkan perkara ini daripada berlaku, binatang ternakan tersebut masih terdedah kepada jangkitan jika mempunyai sentuhan secara terus dengan rodensia yang lain.

Rawatan pencegah kepada jangkitan ini boleh mencecah 80% daripada perbelanjaan keseluruhan penternakan babi membuatkan ramai penternak yang enggan melaburkan wang mereka. Pengguna yang membeli daging babi yang mempunyai jangkitan ini terdedah kepada risiko penyakit trichinosis jika daging tersebut tidak dimasak dengan betul.

Simptom seperti jangkitan mata, bengkak mata, fobia cahaya, kelesuan dan sakit otot merupakan tanda-tanda awal kepada penyakit ini.

CDC menggalakkan pembekuan daging tersebut sebelum dimasak secara teliti bagi memastikan parasit tersebut telah terbunuh.

Konklusi

Jika anda merupakan individu yang makan daging babi, pastikan anda memasaknya dengan teliti untuk tujuan kesihatan secara menyeluruh. Ini sama sahaja dengan mereka yang kerap memakan daging binatang ternakan lain namun babi mempunyai risiko jangkitan yang tinggi disebabkan oleh faktor persekitarannya.




Comments

Popular Posts